Pages

Isnin, 25 November 2013

Ku TeringatKan DiriMu


HidupKu Tak Sempurna TampaMU

Buat sekian kalinya aku titipkan surat ini buatmu.
Begitulah jua keadaan jiwa dan perasaanku.
Tidak pernah reda daripada gelora cinta yang memukul pantai hati.
Aku kehabisan kata untuk digambarkan betapa perasaan rindu ini buatkan aku lupa pada sesuatu.
Kadang-­kadang aku lupa hari apakah hari ini? Kerana hatiku penuh dengan rindumu.
Fikiranku penuh dengan gambaran wajahmu.


RinduKu PadaMu Takkan Hilang Di IngatanKu


Wujudkah ubat untuk menghilangkan rindu di hati ini?
Walau selalu kutatap gambar­-gambar kenangan kita,
rindu ini tetap tidak mahu pulang walau beratus kali gambar­gambarmu kutatap,namun begitulah aku.
Hati lelakiku ini masih tidak mampu untuk dengan dugaan rindu ini.
Entahlah…
aku sering berdoa dan berharap agar ada suatu masa yang dapat aku lunaskan segala rindu dan dendam yang terbuku di hati ini.


Cinta Kita Ibarat Di Langit


Aku mencuba melintasi malam ketika gelap mulai merayu. 
Di hujung langit, awan terlihat merayap, bergerak samar-samar di atas lampu jalan. 
Pada suasana itu ingatanku menyulam hati ini, "tentang kenangan terindah bersamanya"
 Untuk keluh yang meradang itu, aku tuliskan pada lembaran kertas, menumpahkan rindu yang tak terbendung di jiwa ini" 
Aku merenung ke bucu kamar, di setiap lubang dinding ini, angin berbisik lembut, suaranya menyentuh hati, 
seolah mengajaku terbang ke dinginnya langit malam..." 
Tulisku berhenti, surat cinta itu tak pernah berakhir uutuk mengirim pesan kwpada mu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan